Sunday, June 30, 2013

Minyak Pengasih Tidak Syirik

Lagi video lucu berkenaan minyak pengasih.



Penggunaan minyak buluh perindu sebagai minyak pengasih bukan syirik menurut kata ustaz Azhar Idrus. Untuk pengetahuan pengunjung, Minyak buluh perindu ini dibaca dengan doa bukan dengan ayat-ayat syirik, pelik dan haram di sisi Islam.

Semuanya bergantung kepada niat dan keyakinan terhadap ALLAH S.W.T. Minyak Buluh Perindu ini adalah sebagai ikhtiar dan usaha kita untuk memperbaiki kehidupan seharian, yang lainnya kita hendaklah tawakal dan redha dengan pemberian Allah S.W.T.

Jika berminat ingin mencuba Minyak Buluh Perindu, sila klik di sini.

Hukum Minyak Buluh Perindu

Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya samada bolehkah dipakai Minyak Buluh Perindu untuk kegunaan seharian. Betulkah dibenarkan di dalam Islam bagi yang muslim. Betulkah boleh membantu perniagaan, hubungan suami isteri, urusan mencari jodoh dan sebagainya.

Di dalam coretan ini, saya sertakan video pendek bagi tatapan pengujung blog ini tentang komen Ustaz Azhar Idrus, seorang ustaz yang kian popular dengan ceramah dan ucapan beliau berkenaan Islam. Di dalam video ini, beliau memberi sedikit komen dan penerangan tentang Minyak Buluh Perindu serta penggunaannya.

Selamat Menonton.


Menggunakan minyak buluh perindu adalah dibenarkan menurut kata ustaz, tetapi jangan salah niat dan mesti yakin dengan Allah yang satu, bukan dengan minyak. Minyak buluh perindu adalah sebagai ikhtiar dan asbab, yang menentukan dan memberi adalah Allah S.W.T.

Untuk tempahan minyak buluh perindu untuk mencuba, boleh klik di sini.

Sunday, May 5, 2013

Sedikit Pengenalan Buluh Perindu

Buluh perindu (Bambusa magica) ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu, ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.
Selain itu, buluh perindu adalah buluh kecil seperti ijuk yang biasanya berasal daripada hati rumpun bambu dari sarang burung Lang Rajawali atau helang yang memiliki jenis kelamin jantan dan betina. Buluh Perindu mempunyai banyak khasiat dan keistimewaannya. Ia telah digunakan sejak turun temurun bagi pelbagai tujuan antaranya penyeri, pelaris perniagaan, minyak pengasih dan banyak lagi. 
Blog ini dikarang bagi menerangkan dengan lebih jelas lagi kepada anda tentang bagaimana buluh perindu dapat membantu anda dalam kehidupan seharian dengan doa dan bantuan dari Allah…Sesungguhnya segala kebaikan dan keberkesanan minyak buluh perindu ini datangnya dari Allah dan dengan izinnya…Selamat Membaca…

Cara Memakai Minyak Buluh Perindu Dan Khasiatnya

Apakah kelebihan minyak ini? Soalan ini sering di utarakan oleh pelanggan produk kami.

Antaranya kelebihan Minyak Buluh Perindu ini ialah:

a) Bila kita berjumpa atau berbual dengan seseorang, orang itu akan rasa selesa dan senang berdampingan dengan kita.

b) Jika kita seorang peniaga/salesman/pekedai dan apa sahaja jenis bisnes, pelanggan akan bertambah.

c) Minyak Buluh Perindu juga sebagai medium pemikat, jika kita sedang memikat si dia kerana terdapatnya rahsia aura memikat pada diri si pemakai.

d) Jika kita makan gaji, Boss akan suka kat kita.

e) Bertambah kawan kawan, kalau dulu mungkin susah dapat kenalan baru, setelah memakai Minyak Buluh Perindu ini boleh menarik kenalan dan kawan baru.

f) Jika kita sudah berkahwin , hubungan suami isteri bertambah mesra, kasih, sayang dan cinta. Kekadang macam blangkas, tak boleh berpisah lama lama.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah Minyak Buluh Perindu ini menghasilkan aura pada tubuh sipemakai yang memberi kesan pada fizikal dan mental , seterusnya dapat memberi semangat dan tidak mudah putus asa dan mengalah menghadapi cabaran hidup.

CARA PEMAKAIAN:
  Cara pemakaian telah diterangkan dalam tulisan sebelum ini, tetapi tidak jauh bezanya, terpulang yang mana satu cara mengunakan; hasilnya tetap power, asalkan tidak melanggar pantang larang.

Kaedah memakainya seperti berikut:

 Langkah 1: MENGHADAP KIBLAT.

Langkah 2: SAPUKAN SEDIKIT MINYAK BULUH PERINDU DIJARI MANIS KANAN, DAN GOSOK DIJARI MANIS KIRI SERTA SELAWAT 3X DAN DOA"YA ALLAH...JADIKANLAH MINYAK BULUH PERINDU INI SEBAGAI PELARIS,
PENGASIH,PENYAYANG DAN PENYERI BAGI DIRIKU 1X.

Langkah 3: KEMUDIAN  KEDUA-DUA JARI MANIS TADI SAPU DI KEDUA-DUA KENING.
CARANYA:SAPUKAN BERMULA DARI PANGKAL KENING HINGGA HUJUNG KENING 3X.

KEMUDIAN JARI MANIS KANAN TADI DITEKAN DIATAS BIBIR 1X,DIBAWAH BIBIR 1X.

AMALKAN 1HARI 1X ATAUPUN 2X ATAUPUN PADA MASA-MASA TERTENTU.

CARA KEGUNAANYA (setiap hari):

DIBAWA BERSAMA SETIAP KALI KELUAR RUMAH.

LETAKAN DI BAHAGIAN PINGGANG KE ATAS.SUPAYA SERASI DENGAN DIRI KITA.

KALAU AMALKAN SELALU ,SUDAH CUKUP UNTUK MENARIK PELARIS,PENGASIH DAN PENYAYANG.

PERINGATAN:
  SEBAIK-BAIKNYA MINYAK BULUH PERINDU INI TIDAK BOLEH DI LANGKAH ATAU DIBAWA MASUK TANDAS.
YANG SUDAH DISAPU TIDAK MENGAPA (masih ada power)

Sayang Dari Sudut Sains, Keajaiban Pheromones



Dengan ilmu sains yang diberikan Allah SWT kepada manusia, kini manusia mampu membuktikan berbagai-bagai keajaiban yang ada pada manusia, dengan Islam mampu menunjuk jalan kebenaran dan membimbing manusia di seluruh alam ke arah yang diredhai Allah SWT. Setiap makluk di dunia ini hidup berpasangan, lelaki untuk wanita dan juga sebaliknya. Allah SWT telah menciptakan sesuatu yang telah ada pada kaum Adam yang mampu menarik kaum hawa, begitu juga kaum hawa mampu menarik kaum Adam.

Antara faktor-faktor yang menjadi penarik kepada kasih sayang dari sudut sains :
Banyak yang tidak dapat dihuraikan melalui faktor ghaib, namun inilah faktor ghaib yang telah dapat diperjelaskan melalui bidang sains. Pheromones sejenis hormon lelaki yang merangsang nafsu semulajadi yang mempunyai kuasa untuk memikat, mempesona, menguja, dan mengoda mana-mana kaum hawa. Pheromones akan meningkatkan daya keterampilan terhadap lelaki secara semulajadi. 

Dibuktikan oleh saintis antarabangsa! pheromones  menjadikan kaum Adam kelihatan seksi dan menawan di mata kaum Hawa. Wanita akan cuba untuk menggoda anda tanpa anda sendiri menggoda mereka , wanita akan memandang kearah anda tanpa paksaan dengan kuasa memikat ini, anda pasti akan dapat lebih perhatian, anda akan dapat lebih senyuman dari wanita.
Pheromones adalah bau yang dikeluarkan oleh badan untuk menghantar gelombang yang dapat menarik perhatian orang-orang di sekeliling anda. Melalui pelbagai kajian, saintis mendapati bahawa manusia menggunakan bau sebagai perantara yang mengawal tingkahlaku ketika berkomunikasi, secara disedari atau tidak sedari.  Bau ini sebenarnya dapat menolong anda menarik perhatian dan memikat mereka yang berlainan jantina. Kajian menunjukkan wanita akan memilih lelaki yang mereka suka bukan hanya berdasarkan rupa semata-mata, mereka memilih lelaki yang mereka rasakan ada sifat kelelakian yang kuat. 

Dan sekarang anda lebih bertuah kerana dengan mengetahui kuasa pheromones, anda boleh membuat mana-mana wanita merasakan perasaan tertarik terhadap anda, pheromone manusia tulen jenis (5-Alpha-Androst-16-En-3-One), yang akan membuat mana-mana wanita yang berada dekat dengan anda merasa tertarik atau selesa kepada anda. Wanita akan memuji bau anda yang begitu menarik dan sedap, sebenarnya mereka tertarik pada pheromones sekiranya ditambah dengan memakai mana-mana wangian contohnya seperti wangian minyak buluh perindu. Kajian mengenai pheromones telah membuktikan yang ia boleh menaikkan sifat romantik wanita dan membuatkan mereka inginkan perhatian dari lelaki.
Apa itu pheromones?


Haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini termasuklah manusia menghasilkan dan bertindak balas terhadap pheromones. Ianya sejenis hormon yang dikeluarkan melalui liang-liang kulit dan hampir tidak berbau. Pheromone hanya dapat dikesan oleh organ (VNO) veromenasal yang terdapat pada pangkal hidung, seterusnya dihantar terus ke otak. Pheromones adalah perangsang nafsu paling berkuasa di dunia! Sesetengah lelaki boleh mengeluarkan pheromones secara banyak, manakala sesetengah lelaki mengeluarkan pheromones terlalu sedikit dan mungkin tidak mengeluarkan langsung. Lelaki yang mampu mengeluarkan pheromone dengan banyak secara semulajadi, mereka kelihatan lebih berkarisma dan mempunyai aura yang menakjubkan. Kadang-kadang, walaupun rupa mereka tidak tampan dan  tidak kaya, mereka dapat memikat gadis-gadis yang sangat cantik dan rupawan! Itulah yang dikatakan body chemistry atau daya bau badan yang mampu memikat.

Pheromone semulajadi ini adalah satu evolusi kehidupan yang sangat menakjubkan. Penemuan saintis mendapati bahawa, wanita memilih lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anaknya berdasarkan faktor-faktor PHEROMONE yang dimiliki oleh lelaki yang bakal dijadikan pasangan hidup mereka!!

Kerana itulah ada segelintir wanita yg sukakan bau ketiak lelaki yg berpeluh, memang pelik bagi kaum lelaki namun itulah daya penarik yang Allah SWT ciptakan sebagai daya tarik kepada kaum hawa. Semoga bermafaat kepada semua pembaca.

Sekiranya berminat untuk mencuba minyak buluh perindu, sila buat tempahan anda di sini  atau sms ke nombor yang tertera di bahagian atas kiri blog.

Koleksi Gambar Buluh Perindu

Cenuai Buluh Perindu

Cenuai buluh perindu yang berbentuk seperti buluh halus. kebanyakannya terdapat di kawasan sungai yang berbatu dan jarang dikunjungi manusia.


Daun dan Batang buluh perindu

Daun dan batang buluh perindu yang diambil di kawasan lereng pergunungan yang disahkan asli oleh orang yang berkebolehan. Daun dan buluh perindu ini kemudian dicampurkan dengan minyak tanpa alkohol dan kemudian didoakan. Khasiatnya kepada si pemakai telah terbukti dengan izin ALLAH s.w.t.


Buluh Perindu dari jauh
Buluh Perindu dari dekat

Buluh perindu yang baru bercambah setelah hampir enam bulan ditanam. cara menanam amatlah sukar dan tidak mudah untuk dijaga. perlu sedekahkan Al-Fatihah kepada Nabi-Nabi tertentu mengikut ilmu dan pengetahuan orang yang berkebolehan dengan izin Allah S.W.T.


Anak Pokok Buluh Perindu 1

Pokok Buluh Perindu 2

Pokok Buluh Perindu yang semakin bercambah dengan daun dan batang yang baru.


Minyak Buluh Perindu
Minyak Buluh Perindu dari dekat

Minyak buluh perindu yang terdapat dalam pelbagai saiz. Buluh perindu yang telah dicampur bersama minyak dan didoakan oleh orang yang berkebolehan dapat dilihat secara dekat dan lebih jelas di dalam gambar 2.
 

Minyak Buluh Perindu bersaiz besar

Minyak buluh perindu bersaiz besar yang dijual oleh kami dengan harga yang berpatutan. Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai cara membeli produk ini dari kami, sila klik di sini.


Buluh Perindu Botol Besar dari dekat
Minyak Buluh Perindu bersaiz kecil
Minyak buluh perindu yang bersaiz kecil yang dijual oleh kami. sekiranya berminat untuk mencuba minyak buluh perindu ini, boleh lah klik di sini.


Koleksi Minyak Buluh Perindu

Antara koleksi minyak buluh perindu kami yang dihasilkan sendiri dan didoakan oleh orang yang berkebolehan. segalanya dalah dengan izin ALLAH S.W.T.

Saturday, May 4, 2013

Sedikit Nota Tentang Wanita dan Kasih-Sayang



1. Perempuan itu perlu dihormati, tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh berseronok bersama mereka.

2. Hati orang yang tidak dijaga dengan kemas, ia akan jatuh terhempas, dirampas, atau pun diramas.

3. Kata-kata indah dan manis tidak memerlukan latihan, ia memerlukan si penerima yang betul untuk membolehkan pengucapnya menuturkan kata-kata itu secara semulajadi.

4. Menyayangi orang lain dengan sepenuh hati, dan pada masa yang sama tidak pernah berasa takut untuk kehilangan mereka – adalah antara kepercayaan paling penting untuk seorang lelaki berjaya dalam perhubungan.

5. Apa yang orang lain berikan kepada anda sebenarnya adalah juga apa yang mereka mahukan daripada anda.

Thursday, May 2, 2013

Sedikit Pengenalan Buluh Perindu



Buluh perindu (Bambusa magica) ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu, ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.

Selain itu, buluh perindu adalah buluh kecil seperti ijuk yang biasanya berasal daripada hati rumpun bambu dari sarang burung Lang Rajawali atau helang yang memiliki jenis kelamin jantan dan betina. Buluh Perindu mempunyai banyak khasiat dan keistimewaannya. Ia telah digunakan sejak turun temurun bagi pelbagai tujuan antaranya penyeri, pelaris perniagaan, minyak pengasih dan banyak lagi. 

Blog ini dikarang bagi menerangkan dengan lebih jelas lagi kepada anda tentang bagaimana buluh perindu dapat membantu anda dalam kehidupan seharian dengan doa dan bantuan dari Allah…Sesungguhnya segala kebaikan dan keberkesanan minyak buluh perindu ini datangnya dari Allah dan dengan izinnya…Selamat Membaca…